kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk mereka-mereka yang tak jemu menyokong kami dari mula sehingga sekarang. harapnya, sokongan kamu berkekalan. :)
kebanyakan pelanggan kami sekarang sudah kami anggap sebagai sahabat kami. mereka bukan sahaja membayar perkhidmatan kami untuk menyediakan kudapan yang MANIS dipandang dan dirasa malah turut memberi pandangan terhadap hasil produk kami. tak lupa juga bagi mereka yang sangat berpuas hati lalu membantu mempromosikan produk kami tanpa meminta balasan dari kami. TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT!!!!!!
dari semasa ke semasa kami ada menerima pertanyaan dan tempahan untuk MANISAN yang kami tidak nyatakan di blog ini. segala resipi dan idea dari pelanggan kami, telah kami pertimbangkan dan cuba. namun, tak semua idea itu boleh kami masukkan dalam menu kami.
kami percaya, segala produk yang kami jual perlu berbaloi dengan apa yang pelanggan kami bayar dari segi rasa, paras rupa dan wang! bukan kami tidak mahu mengikut 'trend' terkini, tapi kami lebih pentingkan kepuasan pelanggan. bagi kami, produk yang kami hasilkan perlu mampu menghasilkan senyuman kepada para pelanggan semasa pandangan pertama dan gigitan pertama (first bite). selain itu, tidak membebankan para pelanggan semasa pembayaran. lantaran itulah segala MANISAN yang membabitkan kos penyediaan yang tinggi, tidak kami masukkan di dalam menu.
tetapi, kalau ada yang masih perlukan khidmat kami dalam menyediakan MANISAN tersebut, silakan. emelkan kami idea anda dan kami akan memberi harga bagi MANISAN yang anda idamkan. insyaALLAH kami akan lakukan sebaik mungkin.
perlu kita ingat, MANISAN adalah satu kehendak bukan satu keperluan. justeru itu, segala wang yang kita salurkan untuk barang-barang kehendak perlu di ambil kira dan di timbang sewajarnya. benar, sebagai peniaga kami seharusnya mengikut kehendak pelanggan, tapi sebagai sahabat, kami hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
salam MANIS dari kami!!!!
No comments:
Post a Comment